Skip to content Skip to main navigation Skip to footer

ππ„ππ†πŠπ„π‹ 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍 π“πˆππƒπ€πŠπ€π πŠπ„π’π€π 𝐄𝐋-𝐍𝐈𝐍𝐎 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏 πˆππƒπ”π’π“π‘πˆ ππ„π‘πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“π€π π€πˆπ‘

RABU, 14 JUN 2023 – Umum tahu El-Nino bakal memberi impak besar kepada setiap lapisan masyarakat. Menyedari krisis yang mungkin melanda ini, LAUT telah turut serta ke Bengkel Pelan Tindakan Kesan El-Nino Terhadap Industri Perkhidmatan Air anjuran Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) di Sepang, Selangor melalui wakilnya, Encik Muhammad Azizul bin Aziz (Jurutera) di Bahagian Pembangunan.

Selain daripada pengukuhan pelan tindakan dan pungutan input berkaitan, pihak SPAN turut melancarkan Bilik Gerakan β€˜War Room’ yang akan berupaya untuk menyelaras koordinasi berbagai agensi apabila kesan El Nino mula memberi kesan kepada negeri-negeri terlibat.