Skip to content Skip to main navigation Skip to footer

Perolehan

Tender / sebutharga LEMBAGA SUMBER AIR TERENGGANU (LAUT)
BIL NO TENDER / SEBUTHARGA PERKARA TARIKH TUTUP
1.No. Pelawaan Tender : LAUT/T/PP/01/2026TENDER PERKHIDMATAN PERUNDING BAGI KAJIAN PELAN INDUK KELESTARIAN

KENYATAAN TAWARAN

Firma Perunding adalah dipelawa daripada Syarikat-Syarikat yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA dalam kod bidang yang berkaitan dan kriteria berkaitan seperti berikut:

KETERANGAN TAWARAN : TENDER PERKHIDMATAN PERUNDING BAGI KAJIAN PELAN INDUK KELESTARIAN KENYIR

JENIS TAWARAN : Terbuka
KOD BIDANG : 330206 – (Perancangan Bandar dan Wilayah)
TARIKH MULA TAWARAN : 1/12/2026
TARIKH TUTUP TAWARAN : 4/1/2027
TEMPOH SAH LAKU : 120 Hari
LOKALITI : Seluruh Negeri


Pembekal yang berminat adalah DIGALAKKAN hadir ke sesi lawatan tapak dan taklimat pada ketetapan berikut:

Tarikh : 1 Disember 2026 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi (pendaftaran), 10.30 pagi (taklimat)
Tempat : Bilik Syarahan Pejabat Lembaga Sumber Air
Terengganu (LAUT)


Syarat-syarat am, arahan dan maklumat lanjut mengenai pelawaan ini telah dijelaskan dalam dokumen pelawaan dan boleh dibeli di kaunter Bahagian Kewangan, Lembaga Sumber Air Terengganu bermula 1 Disember 2026 (Selasa) hingga 4 Januari 2027 (Isnin) pada waktu sepertimana berikut:

Masa semakan dan pembelian dokumen pelawaan:
Hari : Ahad hingga Khamis
Masa:
9.00 pagi – 1.00 petang
2.00 petang – 3.30 petang

Dokumen pelawaan dijual dengan harga RM50.00 sahaja (Ringgit Malaysia Lima Puluh sahaja). Bayaran hendaklah dibuat secara QR/ kad debit/ kad kredit/ online transfer kepada Lembaga Sumber Air Terengganu. Dokumen pelawaan hanya akan diedar dan dijual secara hardcopy sahaja selepas sesi taklimat tender. Dokumen pelawaan, cadangan teknikal dan cadangan kos yang lengkap diisi dalam bentuk salinan cetak dan softcopy di dalam pendrive hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berasingan yang berlakri dan ditandakan “Dokumen Pelawaan”, “Cadangan Teknikal” dan “Cadangan Kos” di sebelah kiri setiap sampul surat berkenaan dan dialamatkan kepada Pengarah Sumber Air Terengganu. Sila tuliskan nama kajian pada setiap sampul surat berkenaan.

Dokumen pelawaan, cadangan teknikal dan cadangan kos tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender di alamat seperti di bawah:

Tempat Serahan Dokumen/ Peti Tender:
LEMBAGA SUMBER AIR TERENGGANU
LOT 54998 – 55003, JALAN TENGKU MOHAMAD
21200 KUALA NERUS, TERENGGANU


Tarikh tutup pelawaan tender ini adalah pada 4 Januari 2027 (Isnin) sebelum jam 12.00 tengah hari. Dokumen cadangan teknikal dan cadangan kos yang lewat TIDAK AKAN DITERIMA.

IKLAN KENYATAAN TENDER:
https://drive.google.com/file/d/1LWbXLbJX2z_edfBvmIDbtJ5Cu-Oc9UlT/view?usp=sharing

PRA PENDAFTARAN TAKLIMAT TENDER:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScXZoGzEohoktrhI3h3ayVQ6XhrgtMbfA_TteDQ1oQCNUxsAg/viewform
4 JANUARI 2027 [ISNIN]

harap maaf, halaman ini dalam proses kemaskini.