𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐏𝐀𝐃𝐔 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐀𝐆𝐄𝐍𝐒𝐈 𝐃𝐈 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐌𝐀𝐍

AHAD, 02 APRIL 2023 – Baru-baru ini, Bahagian Penguatkuasaan LAUT bersama Pejabat Tanah Kemaman dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Kemaman telah mengadakan satu operasi bersepadu untuk menguatkuasakan kepatuhan syarat-syarat lesen oleh berbagai pengusaha di daerah tersebut. Operasi tersebut mendapati ada pengusaha yang tidak memperbaharui Lesen Pendudukan Sementara (LPS) yang telah tamat pada 31 Disember 2022 dan juga tidak memohon Lesen Aktiviti Penggubahan Sumber (LAPS) dengan LAUT.


Hasil daripada operasi ini, LAUT telah mengeluarkan Notis Henti Kerja dimana pengusaha perlu menghentikan segala aktiviti dalam tempoh 7 hari. LAUT mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua agensi yang terlibat dan yakin koordinasi seperti ini mampu meyakinkan rakyat bahawa komitmen kerajaan dalam menguatkuasakan undang-undang akan kekal dijalankan.