𝐒𝐔𝐑𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐒𝐑𝐀𝐓 – 𝐋𝐄𝐓𝐓𝐄𝐑 𝐎𝐅 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐍𝐓 (𝐋𝐎𝐈)
𝐒𝐔𝐑𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐒𝐑𝐀𝐓 – 𝐋𝐄𝐓𝐓𝐄𝐑 𝐎𝐅 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐍𝐓 (𝐋𝐎𝐈): 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐋𝐄𝐌𝐁𝐀𝐆𝐀 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐄𝐑 𝐀𝐈𝐑 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 (𝐋𝐀𝐔𝐓) 𝐃𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐈𝐓𝐔𝐓 𝐁𝐈𝐎𝐃𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐓𝐑𝐎𝐏𝐈𝐊𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐋𝐄𝐒𝐓𝐀𝐑𝐈 (𝐈𝐁𝐓𝐏𝐋), 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 (𝐔𝐌𝐓)
AHAD, 07 MEI 2023 – LAUT dengan kerjasama Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari (BIO-D TROPIKA) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang diwakili oleh Dr. Teh Sabariah binti Abd Manan telah mengadakan perbincangan bersama bagi membincangkan cadangan keperluan LAUT untuk dipertimbangkan dalam rancangan penyelidikan. Perbincangan ini juga turut melibatkan intipati Surat Niat Kerjasama serta halatuju pelaksanaan kerjasama LAUT dan IBTPL, UMT.

Antara objektif utama perbincangan ini adalah untuk menjalinkan kerjasama penyelidikan dari segi aspek perlindungan dan pemuliharaan sumber air.