𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐞𝐋𝐈𝐒
SELASA, 07 MAC 2023 – Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT) telah mula menggunakan Sistem eLIS bagi memproses dan menimbang permohonan-permohonan lesen di bawah Peraturan-Peraturan Pengabstrakan Air dan Aktiviti Penggubahan Sumber (Terengganu) 2021 (PADAPS 2021).
Oleh itu, Unit Pelesenan LAUT telah mengambil inisiatif untuk mengadakan sesi latihan penggunaan Sistem eLIS bersama beberapa agensi negeri Terengganu antaranya Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dan Jabatan Bekalan Air (JBA) bagi melancarkan urusan penilaian permohonan-permohonan tersebut.


Sesi latihan ini telah dikendalikan oleh wakil daripada Pro Office Solution Sdn Bhd dan dibantu oleh kakitangan Unit Pelesenan LAUT.