𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐏𝐀𝐃𝐔 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐉𝐏𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐌𝐀𝐍
RABU, 31 MEI 2023 – LAUT telah menjalankan operasi bersepadu penguatkuasaan bersama Pejabat Tanah Kemaman dan Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Daerah Kemaman setelah mendapat aduan berkenaan ketidakpatuhan syarat lesen yang telah ditetapkan bagi aktiviti pengambilan pasir sungai.

Hasil siasatan mendapati terdapat aktiviti pengambilan pasir di kawasan tebing sungai yang juga telah mengakibatkan berlakunya hakisan pada tebing sungai. Di samping itu, terdapat longgokan stockpile dan palong berada di tebing sungai serta tiada kolam endapan yang dibina. Semakan doket juga telah dilakukan dan mendapati permit pengalihan stockpile juga telah tamat tempoh.


Berikutan itu, Notis telah dikeluarkan dan premis diarah untuk berhenti beroperasi dengan serta merta dan pemilik premis diberi masa selama dua (2) minggu untuk membaiki semula tapak operasi mengikut syarat-syarat lesen yang telah ditetapkan sebelum dibenarkan untuk beroperasi semula.