𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐒𝐑𝐀𝐊 𝐌𝐈𝐊𝐑𝐀𝐉 𝟏𝟒𝟒𝟒𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐋𝐀𝐇𝐈𝐑 𝐊𝐀𝐊𝐈𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐒𝐑𝐀𝐊 𝐌𝐈𝐊𝐑𝐀𝐉 𝟏𝟒𝟒𝟒𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐋𝐀𝐇𝐈𝐑 𝐊𝐀𝐊𝐈𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐋𝐄𝐌𝐁𝐀𝐆𝐀 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐄𝐑 𝐀𝐈𝐑 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 (𝐋𝐀𝐔𝐓) 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐁 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐔𝐓 (𝐊𝐄𝐒𝐔𝐌𝐀)
02 MAC 2023 – Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT) telah mengadakan Solat Hajat dan Bacaan Yassin yang telah melibatkan semua kakitangan LAUT. Majlis diteruskan dengan ceramah sempena sambutan Israk Mikraj 1444H yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Samiuddin Taqiy bin Mat Resad. Majlis sebegini diadakan bertujuan menghayati peristiwa Israk dan Mikraj serta menyingkap rahsia kebesaran malam tersebut untuk diambil pengajaran.

KESUMA juga turut mengambil peluang untuk meraikan Sambutan Hari Lahir Ahli KESUMA bagi bulan Januari-Mac 2023. Turut hadir dalam majlis tersebut, Puan Safura binti Mad Juhari, Pengarah Sumber Air Terengganu.
