Skip to content Skip to main navigation Skip to footer

𝐋𝐀𝐔𝐓 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐓𝐈𝐑𝐀𝐒𝐔𝐀𝐇 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍𝐈𝐒𝐀𝐒𝐈 (𝐎𝐀𝐂𝐏)

Sebagai sebuah agensi pelaksana dan penguatkuasa undang-undang, ancaman rasuah kepada Jabatan ini tidak di pandang enteng. Maka, kesemua Ketua-ketua Bahagian bersama kakitangannya telah berkampung selama dua hari pada 17-18 Januari 2023 di Bilik Mesyuarat, Tingkat 1, Pejabat LAUT bagi merangka strategi membanteras rasuah dalam Jabatan.

Banyak risiko rasuah yang LAUT ramal ketika membuat Perancangan Senario, namun, kesemuanya di tahap ‘mampu kawal’ setelah berpuluh-puluh inisiatif berjaya dirangka. InsyaAllah, Pelan OACP ini akan dituruti dari kulit depan hingga ke belakang setelah sempurna dibukukan nanti.

LAUT berterima kasih kepada dua (2) orang Konsultan Institut Integriti Malaysia (IIM) iaitu Puan Nurul Syafinas Binti Mohd Daud dan Puan Wan Nabilah Meor Binti Mohd Jamil yang telah banyak membantu LAUT melaksanakan Pelan OACP.